Saturday, 29 March 2014

Pick-up line untuk gadis melayu

Muzak is back ! setahun lebih tak jenguk kehkeh
okay...

Ingin menambat hati si dia tetapi bangang berbicara ?
Terdesak mahu membina keluarga tapi duit haram tiada ?
Ingin mencari kekasih hati tapi buruknya paras rupa anda?

Jangan risau gua ada solusi nya , hidup anda tidak lagi menjadi satu mimpi buruk, . Kini lu orang boleh try segala pickup line di bawah untuk tampil lebih hebat di jerangkang lubuk percintaan nusantara yang kejam ini(bodohnya bahasa) .



1) hai gadis.. emm awak ni saleha kan ? sebab air liur saya ni meLELEH-LELEH HA ni bila tengok awak. Paham tak HAA ? hati saya hancur lebur ni HAA ! LELELEHA LELEHAA ! KABI NEHII !

2) kau ni ghasidah kan ? sebab kau bagai ghasid(acid) dah menghancurkan hati ku yang sejuk membisu daa . Hancurkan hati ku ini dengan cecair ghasid(acid) mu itu ghasidah ! Sekarang jugaa daah!

3)Hai kamu .. nama kamu siti kan ? sebab sitidak-tidaknya aku untuk menolak segala kecantikan di wajahmu itu sayang, aduh sitidak-tidaknya sungguh !

4)Hai awak, nama saya Nasir . Sebab dalam hati saya ada banyak anasir-anasir percintaan yang teguh tidak berpasir . Sudikah awak menyambut anasir-anasir percintaan seya ini dengan membina keluarga di mesir suatu hari nantirr ?

5) eh kalau tak silap abang ni khairy kan? sebab saya khairy-khairy dok termenung teringatkan abang? gatalkan saya ? apa lagi, khairi ni jugak abang kena bawak timah kawin lari ! timah tak kira !

setakat ni, lima je lah gua nak share . Kalu lu orang request lebih ,gua bagi lebih .

P/s:follow twiiter gua @muzzakx

Monday, 11 June 2012

Tips untuk menjadi manusia sihat yang hebat

Haaa assalamualaikum .

Macam biasalah , kalau gua tiba-tiba update blog ni , maksudnya cuti sem sudah bermula . Ngeh3 . Blog memang sgt diperlukan ketika ini . Asal bahasa gua janggal semacam ni ? . Takpelah , gua nak sambung bagi tips sebab dah lama sgt tak kongsi ilmu dengan korang. Siapa taknak jadi hebat kan ? Gua pun nak hebat , sayangnya gua dah hebat .  Okay berikut adalah tips untuk menjadi orang sihat yg hebat . Buat pengetahuan korang , orang sihat dan hebat je boleh bagi tips-tips hebat ni kepada mereka yg tak sihat . ( Sila baca dengan hebat )

1) Perbanyakkan makan sayur-sayuran .

 Mahu sihat kan ? anda mestilah amalkan pemakanan ini . Tapi jangan tersilap , anda jangan berasa anda hebat pula sebab makanan ini hanyalah untuk menyihatkan tubuh badan anda bukannya menghebatkan tubuh badan anda .

Kiranya makan sayur-sayuran tak boleh menghebatkan badan lah ye ?


Haaa , jangan tersilap pula . Setiap persoalan ada jawapannya . Sayur-sayuran juga boleh digunakan untuk melahirkan tubuh badan yang hebat . Caranya ialah , anda perlulah memakan sayur-sayuran dengan cara yang hebat .


2)  Pertingkatkan aktiviti-aktiviti yang hebat 

Haaa , mahu menjadi hebat , sudah tentulah anda perlu meningkatkan kehebatan anda dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang hebat . Contohnya , bersenam . Hebat tak ? nampak je mudah , tapi ianya sangat hebat .    Hebat-hebat juga , tapi sihat bagaimana pula ? caranya ialah bersenam lah dengan cara yg sihat iaitu sambil memakan sayur .

Bagaimana nak seimbangkan antara hebat dan sihat ?


Ini antara persoalan yang agak menarik sebenarnya , emmmm imbanglah ia dengan cara yang hebat .

Maka berakhirlah tips-tips gua .
Oleh kerana gua sangat hambar sekarang , maka terhasilah satu entri yang hambar , dah lah tiba-tiba bagi tips , dah tu dua tips je pulak , susunan ayat pun entah ke mana . Sejak akhir-akhir ni , kenapa semua menda serba tak kena ? exam tak perform , blogging macam taik  ARGHHHHH ! Please nak kahwin , nak ada anak .

p/s: takde gambar tanda hambar




Monday, 26 March 2012

Pop-up message

Assalamualaikum semua , moga semua dilimpahi rahmat-Nya .

Yeahh hari ni gua update lagi sebab gua agak kesunyian di rumah . Cuti seminggu sempena mid-sem , maka bercuti lah gua minggu ini . Bagus jugak sebenarnya ada cuti-cuti ni , takde lah terabai blog gua . And sekarang baru gua tahu erti sebenar memiliki blog , ianya sangat membantu dikala korang sunyi -sepi . Jadi siapa yang dok  menaip entri tiap-tiap hari , maka korang sebenarnya seorang yg sangat menyunyikan . Ada yang buat dua entri satu hari , haaa itu berganda tahap kesunyiannya  , semakin banyak entri , semakin sunyilah hidup anda . Sedarlah wahai anak-anak !  .  NGEH3 , begurau je , ampun abang kakak sekalian . Lama tak menaip , tak salah kan sekali-sekala kasi panas .

Sunday, 26 February 2012

Update

assalamualaikum .

pehh memang lama gila lah gua menghilang . Gua takde la busy mana pun sebenarnya , tapi yelaa , sakan berhibur dengan kawan2 kan ? memang haram tak ingat langsung pasal blog kesayangan gua ni , kiranya gua ni bukan seorang blogger yang penyayang la . Agak kurang la kasih sayang gua pada blog gua ni .Jadi , korang boleh tak tolong terapkan nilai-nilai murni yg perlu ada pada blogger dalam diri gua  ? InsyaAllah gua akan jadi blogger yang penyayang satu hari nanti jadi bolehlah gua update blog setiap minit dengan entri-entri yang memualkan . Jadi tanpa membuang masa , gua update blog ni sekarang juga !!! YEAHHHH !!

Friday, 3 February 2012

Minggu Orientasi UIA

assalamualaikum

Haha gua baru je dapat peluang untuk main taip-taip ni . Maklumlah semenjak menjejakkan kaki kat UIA Gombak ni , serius memang busy , pegi sana pegi sini , taaruf sana sini , ulang alik masjid dan macam-macam lagi . Tapi standard la kan minggu orientasi , emm tapi kat sini ianya dipanggil Taaruf Week . Style kan nama dia ?

Banyak la benda menarik ni gua nak story , tapi dalam banyak-banyak benda menarik tu , mesti lah ada yang paling menarik kan ? Jadi gua pilihlah kisah gua yang paling menarik sepanjang minggu orientasi taaruf week itu ngeh2 .

Friday, 27 January 2012

Tips elak mengantuk ketika belajar

Assalamualaikum.

Dah hampir lima hari gua tak update blog ni . Lima hari gua rasakan seperti lima bulan  . Series , gua rindu sangat dengan korang , yelaa kita kan dah macam adik beradik .  Dah mamam cumew ? Oklah , tanpa membuang masa , gua update sekarang .


Actually gua nak story pasal perasaan mengantuk . Mengantuk memang masalah utama bila nak study . Okay time nak study mesti perasaan ni datang , kenapa tidak waktu lain ? Kenapa bukan waktu tengah ronggeng-ronggeng dengan kawan ? Kenapa bukan waktu dating ? haaa.. time nak study lah sifat mengantuk ni datang ( sifat ke ? ) . Dengan bangganya lagi , gua nak share tips untuk anda semua tidak mengantuk ketika belajar , sekaligus mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan serta menjadi insan yg berguna di dalam kehidupan .

Monday, 23 January 2012

Kisah Ali dan Lisa Surihani

Assalamualaikum.
Gua tak tercadang pun nk buat satu lagi entri ni sebenarnya , tapi semua tu bersebab . Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin yang goncang . Sama juga mcm gua , masakan gua rajin nak tulis entri ni kalau tiada angin yang goncang gua . Gua sebenarnya nak simpan benda ni , malas tulis lagi , tapi takut gua lupa pulak , jadi gua pun dengan gelojoh terus hasilkan entri ni .

Gua nak cite pasal Lisa Surihani , ala artis yang tengah top sekarang ni , lagi lagi berlakon filem "Ombak Rindu" baru baru ni , yang terkenal dgn dialog ni dalam cite tuh " Ghedo itu pasghah , pasghah itu menyeghah " peh memang top lah cik Lisa ni . Gua pun ketawa lah jugak mendengar kepelatan beliau . Tapi takpe , bukan itu gua nak cerita . Masa kecik kecik , gua pun pelat jugak , semua orang pelat , so biasalah tu , mungkin dia masih terbawak-bawak budaya dia ketika kecil . Gurau je jgn maghah .

Duit beli kete lain