Dah hampir lima hari gua tak update blog ni . Lima hari gua rasakan seperti lima bulan . Series , gua rindu sangat dengan korang , yelaa kita kan dah macam adik beradik . Dah mamam cumew ? Oklah , tanpa membuang masa , gua update sekarang .
Actually gua nak story pasal perasaan mengantuk . Mengantuk memang masalah utama bila nak study . Okay time nak study mesti perasaan ni datang , kenapa tidak waktu lain ? Kenapa bukan waktu tengah ronggeng-ronggeng dengan kawan ? Kenapa bukan waktu dating ? haaa.. time nak study lah sifat mengantuk ni datang ( sifat ke ? ) . Dengan bangganya lagi , gua nak share tips untuk anda semua tidak mengantuk ketika belajar , sekaligus mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan serta menjadi insan yg berguna di dalam kehidupan .
Apehal tak menarik sangat gambar gua kali ni ?
1. Mandi dulu sebelum study
Gua yakin cara ni memang ramai sgt guna secara tak langsung , gua pun guna . Kita nak study mesti la nak segar kan ? So cara ni agak terbaik jugak lah nak hindarkan perasaan mengantuk tu . Kalau mahu nampak kesan yg lebih efektif , setiap subjek , satu kali mandian . Haa kiranya kalau malam tu anda study 5 subjek , maka 5 mandianlah malam tu . Kalau anda rasaanda kreatif macam gua , setiap cara mandian perlulah mengikut subjek yang kita nak study . Contoh
"Eh kejap lagi nak study kimia , emm nak study guna potasium hydrocholorate lah kali ni"
2. Main mesej sebanyak mungkin
Yeahh . Cara ni pun gua ingat agak berkesan lah . Em , gua rasa rata-rata semua la study macam ni . Bukak buku , tapi tangan pegang henset , lagi-lagi pasangan yg sedang hangat bercinta , kan ? Dah send mesej , then tak sabar nak tunggu awek reply . So , ngantuk tak ? memang tak laa . Jadi gua sarankan main lah mesej sebanyak mungkin , series tak ngantuk .
Asyik main mesej je , macam mana nak fokus study ?
Haa , benda ni yang bermain di fikiran korang kan ? Ok jap , topik gua ni pasal tak nak ngantuk time study kan ? tak dapat fokus ke apa ke , belakang cite la .
3. Ajak kawan buat lawak
Study kalau series sangat , mesti tension kan ? kalau dah tension , mula la nak mengantuk (yeke?) , dah mengantuk , mula la nak tido , pastu konfim la tak jadi study . Nampak macam remeh kan ? Tapi bayangkan kalau perkara ni berlaku setiap kali anda nak study ? Kemungkinan besar istilah study akan lenyap dalam kehidupan seharian anda . So nak hilangkan masalah ni , ajak la kawan duduk lepak sebelah anda . Kalau nak lagi meriah , ajak la lima enam orang kerumun anda ketika anda study , paksa mereka buat lawak . Dan yang paling penting , pastikan lawak mereka menjadi , yelaa agak-agak tergelak ke kalau lawak macam bodoh ? tak gelak kan ? maka akan mengantuk lah anda kalau tak gelak . So , peranan lawak kawan anda sangat penting sebenarnya . Jadi , hati-hati lah memilih kawan .
Macam biasalah gua , mesti akan hilang idea . Tadi punyalah banyak idea dalam pale otak . Sorry beb , memang tengah kering idea . demmit ! nantilah bila-bila gua merepek lagi .
p/s: gua jenis yang gelojoh nak publish post , siap ke tak siap , gua mesti publish .
19 comments:
haha...mnarik nie, insyaAllah ikowt cra nie :)
yang penting ade semangat nak selesaikan satu benda. lepas tu, conform akan fokus habis
yang bab main mesej tu mmg membantu.
membantu utk tak fokus mase study.
haha! :D
gila ke apa nak mandi guna bahan kimia? =='
tapi saya tak suka main mesej la.habis top up je.haha :ppp
dya selalu study pegang enset
hahaha..menarik2..syaitan mmg suka hinggap mate kte ble study..:)
menarik menarik, sume idea leh pakai, at last, study pon tak kemana... ;p
Haha , Tip Yang sukses !!
kalau calculation, cik oda biasa dengar lagu pasang headphone..lagu2 energetic la bukan lembik2 yg bg ngantuk haha
kalau mengantok jugak cena ? hewhew
if ngantok and mandi,,conform after that,tros tdo..hehehe
abieh la bro..klo aku keja dok chatting ngan kawan sambil hafal anatomy.mmg x msuk otak la.HAHA
semua cara tu memang linda selalu buat..memang berkesan..hehehe..:)
Lepas mndi lagi enak untuk tido... ;P
ajak kawan buat lawak, mmg abes laa keje ape pon tak siap! :)
jenis gelojoh nk publish post pun ada kan ..haha tips bekesan ! =D
muahaha..mcm pelik je tips ni..
ade satu lagi..dgr lagu the STROKES:P
haaa.. terbaik ! terima kasih :)
Post a Comment