Friday 3 February 2012

Minggu Orientasi UIA

assalamualaikum

Haha gua baru je dapat peluang untuk main taip-taip ni . Maklumlah semenjak menjejakkan kaki kat UIA Gombak ni , serius memang busy , pegi sana pegi sini , taaruf sana sini , ulang alik masjid dan macam-macam lagi . Tapi standard la kan minggu orientasi , emm tapi kat sini ianya dipanggil Taaruf Week . Style kan nama dia ?

Banyak la benda menarik ni gua nak story , tapi dalam banyak-banyak benda menarik tu , mesti lah ada yang paling menarik kan ? Jadi gua pilihlah kisah gua yang paling menarik sepanjang minggu orientasi taaruf week itu ngeh2 .



Kejadian tu berlaku selepas solat jumaat . Program masa tu dipanggil Bai'ah . Bai'ah ni kira lebih kurang macam ikrar la , ehh memang ikrar , kitaorang kena ikrar la nak jaga nama baik UIA , tak langgar peraturan dan segala macam lagi la . Program sebelum solat jumaat iaitu rehearsal bai'ah gua dah ponteng , qiamullail pun tak habis , so agak kehilangan sticker la gua . Haa lupa pulak gua nak cite , sticker ni kira macam attendance la , kitaorg dibekalkan dengan sehelai kertas attendace sheet , pastu amek sticker dekat comittee , lekatkan dekat kertas yg dibekalkan tersebut . Kalau kita datang diaorang bagi sticker , jumlah semua 8 sticker , memang kena kumpul la , kalau tak , kena re-taaruf JENG3 . Cehh , padahal ramai je yang main pass-pass atendance tu , suruh kawan yg baik hati amekkan . Senang kan ? nampak macam complicated , sticker semua bagai , tetapi cara selesaikannya sgt mudah .

Tapi macam mana gua boleh miss 2 sticker ? haha . Masalahnya , nak jumpa kawan pun tak sempat , bangun lewat , baru je nak bagi , mereka dah selamat mengikuti program tersebut . Bilik gua dah lah semua senior , gua rasa macam nak mencarut kuat-kuat dan pekat , bagi satu UIA kena carut dengan gua , apa punya sistem la , macam shit ! buat susah orang je . Susah betul nak main lepak-lepak dgn kawan , kolej jauh-jauh , dekat kolej gua ada la dua tiga kerat budak-budak foundation dulu . Jadi gua macam biasa lah main ronda-ronda tidur bilik orang , jauh pun jauh la . Jadi semestinya gua bangun lewat kan di pagi hari ? Jadi hilanglah 2 sticker apabila perkara ini berulang 2 kali . Sudah terjawab .

Thanks lah kalau baca sampai sini , gua baru nak start cerita ni . Berbalik kepada program Bai'ah lepas solat jumaat tadi , gua dah decide memang nak pegi la . Jadi gua pun pegi , jumaat pun gua lambat tadi , sempat datang lepak borak kat tangga je . Semua benda nak lewat kan ? apa nak jadi . Pastu , dah semayang memang semangat la nak pegi . Member gua pulak nak ajak pergi makan , gua pun ok lah , tekak pun dah kering . Lambat pun lambat lah , nanti dapat masuk jugak C.A.C (tempat biasa berkumpul) tu . Ada la dalam 15 minit kitaorang kat cafe .

Dah kenyang mesti la nak berambus kan ? jadi berambuslah kami ke C.A.C , sampai sana semua kosong . Dapat mesej , member cakap bai'ah dekat Main Auditorium . Pehh duduk tak sampai 5 hari kat situ , memang gua tak sempat la nak explore habis tempat-tempat kat sini . Balik kolej pun tersesat-sesat lagi gara-gara ditipu dengan peta UIA , ni nak suruh cari Main Auditorium pulak , dahlah tak pernah pergi .So , kitaorang pun memang bertungkus lumus lah cari natang Main Auditorium tu . Cari punya cari dah lebih kurang 20 minit , jumpa la akhirnya , Alhamdulillah . Tiba-tiba kitaorang try bukak pintu tak boleh , lock , tengok-tengok Main Auditorium lain , ni Main Auditorium Engineering . Peh sekali lagi diperbodohkan oleh peta UIA  . Gua memang tak pikir apa dah , dalam pale otak gua terpampang besar gambar sticker , gua kena score hari ni . Tapi bukan dalam pale otak gua je sebenarnya , dalam pale otak semua pelajar baru barangkali . Konon-kononlah datang awal , padahal terpampang sticker jugak dalam pale otak . huh . macam gua tak tau .

Last-last ada la sorang dok tanya kat akak mana entah jumpa tepi jalan . Maklumlah malu bertanya sesat jalan kan ? Masalahnya dah sesat jauh gila bobbiii baru nak bertanya . Nasib baik berjaya jugak jumpa lepastu . Setibanya di situ , ramai lah akak-akak dan  brader-brader comittee berpakaian indah kat sana . Lepastu ada 3 org brader suruh kitaorang ikut dia . kitaorang ikut je lah  . Pastu dah sampai diaorang suruh masuh cepat-cepat . Excited jugak la gua nak masuk , yeahh sticker3 ! kitaorang masuk-masuk , JENG3 stage rupanya , kena naik stage , duduk bersila atas stage membelakangkan penonton  , macam orang bodoh yang kacak . Dah ada dua row dah kat atas stage tu yg tengah kusyuk bersila  , gua dgn kawan row yang ketiga , kiranya row last lah . Yang jadi penonton semua nya perempuan , budak baru jugak la , eh  tapi .. mana laki lain ni ? tak kan tiga row je ? Dah syok-syok bersila sambil bertukar-tukar perasaan malu dan bengang dengan kawan , baru gua perasan ada skrin besar kat depan .

Skrin kat atas stage , jadi konfemlah gadis-gadis kat belakang puas skodeng kitaorang beramai-ramai dari belakang , dengan alasan untuk melihat paparan kat skrin tu . Pastu gua ternampak la kat skrin tu , paparan siaran langsung dari Main Auditorium , ramai gila orang kat dalam skrin tu , happening je . Shit ! ini bukan Main Auditorium rupanya ! yang pasti , penuh gila budak perempuan kat belakang , gua pun tak tahu apa motif diaorang ada kat situ , motif kitaorang kat atas stage gua tau lah , kena denda sebab lambat . Motif diaorang gua tak tahu , nak kata lambat bersepah gila ni , haishh misteri betul budak-budak perempuan UIA dalam hall tu .

Last-last kitaorang , termasuk la perempuan-perempuan misteri tu , kena berdiri dan berbai'ah dari situ je , sambil follow leader yang kat dalam skrin tu . Tapi kitaorang up sikit la , kat atas stage haha . Emm gua kalau bersila atas stage , org usha ramai-ramai dari belakang , gua boleh consider lagi , tapi kalau berdiri , hishh rasa bertambah tidak tenang dalam hati , rasa serba tak lengkap cehhh . Tak tau la , padahal dressup dah mantap dah . Alah korang pun sama kan ? hoho . Tak kisah lah tu , yang penting gua dapat attendance untuk program tu . Tapi sayangnya gua takde gambar nak share , sebab gua bukan jenis yg selalu ingat nak tangkap gambar bila dgn kawan , tak tau lah kenapa , mungkin sebab syok sgt mengumpat bersama mereka . Jadi gua share lah gambar UIA Gombak




macam Disneyland kan ?

Tu jelah gua nak cerita , benda ni habis sampai ahad , so besok dan lusa ada lagi la sticker yang gua mesti dapatkan . Doakan gua bangun esok untuk ke sticker yang seterusnya . 

p/s: entri gua semakin hari semakin berbaur matang dan gua hairan sebenarnya .

16 comments:

Paradise Gal said...

haha.. welcome to uia. akak da melalui sume tu 7 tahun yang lepas. hari tu berjalan-jalan lam uia ade terserempak dengan budak2 baru ni.. haha.. kesian korang. semoga bertabah hati melalui hari-hari di uia. ape pon uia mmg best. sbb tu la smpi skang akak tak tinggalkan uia lagi. haih......

Yong said...

hohoho ko memang sengal la ali. haha memula pun dah buat hal. gamaknya jap lagi ko pun g lmbt kuliah, maunya kena denda tak dpt masuk. haha.
takpe2 denda tu kira cam nak mempromosi diri tuh, dah terkenal kat seluruh UIA batch ko dah tu.haha.
hehe mmg la, sekali tgk cam disneyland lah plk.hahaha, anyway, congrats!

Unknown said...

waahh, tahniahh! #tetiba

Cantik Disneyland tu, Islamic version eh? X3

Unknown said...

hahaha haiyoo. kan dah kena denda, nasib baik tak duduk menghadap org ramai :D lps ni kena bangun awal slalu ya~

YanaKhai said...

orentasi...bosan gilak..hhahaa..

sorry br on blog..hahaha...

Ahmad Sabree said...

hahahaha.. lawak lah..
singgah sini bace entry....
nice ") nice ") like :) like :)

CikTeddyCorner said...

matang ka?blh la..haha

Mai said...

indah beb hahahah xD

Unknown said...

Cantik disneyland tu hahaha

Hafiza Yunus said...

kah kah kah, lawak je

ADEEYA said...

Haha :D

|ardani| said...

eh2..jiran la kita :)

mohd041011 said...

Lepas ni takleh memain lagilah nampaknya, belajar belajar belajar haha :)
Selamat belajar.

syahirah shaadan said...

ali ali ali !! ali ke yang duduk atas pentas tuu. keke

Judh said...

selamat belajarrrrr :D

kajaharuna said...

best tak orantasi??

Duit beli kete lain