salam , mula-mula sekali gua nak tanya kat uolls . Korang sejuk tak ? apaa , tak dengarlah , kuat lagi !
Saja gua gedik-gedik tadi . Actually gua nak cerita yang gua sangatlah sejuk sekarang ini , sejuk sangat , verryyy sejuk lah senang kata . Gua memang dah tak payah nak pasang kipas dah kat rumah ni . Saspen tak ? tiba-tiba je gua cerita pasal sejuk ni .
HAAA ini yang gua nak story kali ini , kalau korang nak tahu , rumah gua ada lah dalam seminngu dua ni asyik hujan je , non-stop pulak tu ,haha gua tipu lah pasal non-stop tu . Tapi series beb , asyik hujan je , so gua dah fikir masak-masak , gua nak masukkan elemen hujan dalam entri kali ini . Yelah , hari-hari asyik hujan , siang , malam , senja , semua hujan . Jadi gua nak keluar pun jarang-jaranglah , so gua pun asyik termenung je mengadap hujan dan gua pun terpikir apa kepentingan hujan . OYEAHHH !
. Seperti yang kita tahu , hujan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita seharian . Tanpa hujan , tiadalah band HUJAN . Yelah , macam mana diaorang nak dapat idea nak letak nama hujan sedangkan hujan memang tiada , semestinya istilah hujan tidak digunakan dan kemungkinan besar mereka menamakan band mereka dengan nama cuaca yang lain seperti kemarau , salji dan lain2 . Anda rasa mcm mana kalau ada band yg menamakan band mereka "Salji" , janggal dan kelakar kan ? memang lah janggal sebab memang takde pun .
Gambar hiasan tiada kena mengena
Okay sabar-sabar , ada motif gua mengarut ni . Emm berbalik kepada hujan tadi , gua pun terpikir la apa yang gua boleh buat dengan hujan . So nak dijadikan cerita , sedang elok-elok gua termenung melihat hujan bercucuran di tepi sliding door , gua ternampaklah sebuah pasu bunga misteri dekat tepi longkang dalam halaman rumah gua .Lupa pulak gua nak bagitahu , pokok-pokok bunga ni semua di letak di lindung di bawah atap . So tak kena hujan lah . Pasu bungayang misteri ni sama je dengan pasu-pasu bunga yang lain , tapi ada sesuatu yang menyebabkan ia tampak misteri . JENG3 .
Ia sangat misteri sebab , daunnya tinggal dua tiga je dan sgt layu , kering , kurang air , daun bergulung-gulung , senang kata nak mati lah , penat gua nak describe satu satu . Misteri kan ? Kejadah apa pokok bunga ni , boleh pulak dia sorang-sorang nak mati , nak kata cuaca panas , hujan lebat siang malam , even tak kena hujan pun , takyah la mati sangat , pokok bunga lain gua tengok orait je , sihat je , so tak kena hujan bukan alasan lu tau bunga !? Aisshhh , tapi takpe , selaku anak yang soleh , gua ada lah timbul perasaan tanggungjawab dekat ibu gua , yelaa dia yang beli , sudah jadi tanggungjawab gua untuk menjaga pokok bunga itu Adik beradik gua yg lain semua takde , belajar kat tempat masing-masing. Tinggal lah gua sorang-sorang terkuntang kanting di rumah selama sebulan sempena cuti sem gua . So gua pun jenuh pikir , macam mana gua nak zahirkan tanggung jawab gua ni , so tiba tiba je gua terpikir JENG3 . Gua pun dengan bangganya tiba tiba meluru keluar rumah berseluarkan seluar pendek , berseliparkan selipar pendek . Apehal ni , semua benda nak pendek . Dengan tangkas gua capai pasu yang berisikan pokok bunga misteri itu , gua jemur di tengah tengah hujan di tepi kanan rumah gua . Yeahhh rasakan kau , nak mati sangat eh ? amek kau hujan lebat ni .
Gua pun dengan bangga masuk balik , yeahhh gua anak yang bertanggungjawab . jerit gua dalam hati . Nak je gua cerita dekat mak gua . Tapi tak pe , gua rilek je , cool . Gua pun selalu la perhati pokok misteri itu , haa bukan main seronok kau eh , dapat hujan , lebat pulak tu . So gua pun bangunlah pagi besok , yelaa normal la kan bangun lepas tido . Gua jalani duti harian biasa la , gosok gigi semua tu , mandi dan sebagainya . Tiba tiba gua teringat , "eh apa jadi dekat pokok gua tu ek" . Gua pun dengan pantas menjenguk keluar tingkap . On the way gua nak jenguk , tiba tiba boleh berdebar debar pulak , shit apa bukan becinta pun . yeahhh gua dah sampai di penghujung tingkap . OMAIGOD!
Apa yang gua buat ni ? Pokok bunga yang sememangnya misteri itu dah menjadi semakin misteri hari ini . Daun daun nya yang bergulung semalam , gulungnya tiada lagi , bahkan daun daun pun hilang . Gua tengok pokok tu terpacak seorang diri di situ. Masa tu hujan sedang berhenti. Tanggungjawab apa yang gua berikan kat mak gua ni . Oh pilu gak lah hati gua tengok pokok tu .
Kesimpulan gua nak bagi kat sini , sesiapa yang sebenarnya memang tak bertanggungjawab , jangan nak ngada ngada berlakon seolah olah bertanggungjawab , macam kejadian gua tadi . Korang duduk rileks je , teruskan tidak bertanggungjawab . Gua tak sanggup dah tengok pokok bunga lain disakiti
p/s: sorry la kalau sapa sapa yang menangis , niat gua just nak share je
0 comments:
Post a Comment