Saturday, 7 January 2012

Katheryn Elizabeth Hudson

salam .
kali gua nak story tentang wanita yang bernama Katheryn Elizabeth Hudson , lu orang mesti tak tahu kan ?
tak penting pun sebenarnya , tapi bagi gua , benda ini sangat lah penting sebab gua memang lah sangap gila dengan beliau , tapi belia je tak berapa sangap gua . Lu nak tahu kenapa gua sangap dalam erti kata lain taksub dengan beliau , jeng3 , ni gua nak bagi sebab :



1 . Mata beliau sangat cantiklah 
weh , rasa nak peluk2 je mata dia . cantik gila laa . Ditakdirkan dia dan gua buat video skype kalau dia skype dia tunjuk mata pun jadi la , dah cukup happy untuk gua .

2 . Beliau seorang yang gila2 
sedap weh tengok dia punya konsert , gila sangat dia ni , pakai pun nak pelik2 , tapi tak sampai lah tahap kepelikan lady gaga yang berwajah pelik .

3 . Gua tak nafikan lah , suara dia memang sedap . 
 Dahlah muka cantik , suara pulak sedap . Adoi , lu nak cari mana lagi wanita sebegini ? cakap dengan gua sekarang , lu mesti kena punya malik .

4 . Lagu beliau sangatlah Topman  , pembetulan , sangatlah top .
haaa hampir semua lagu dia top woo daripada dia mula2 nak up sampai lah sekarang , dia memang top , selaku peminat nombor satu dia , gua pun tertanya2  "Bila lah dia nak jatuh ni" , gua bukan nak dia jatuh , gua just tertanya2 la , yelaa  artis sekarang2 ni pun banyak yang dah jatuh kan , dulu naiknya bukan main , tapi sekarang ada yang goreng pisang , jual karipap , belakang rumah gua pun ada , tu yg gua kena mention dekat sini , emm gua tipu .

5 . Gosip2 pasal dia sangatlah kurang .
wahhh , dahlah cantik , suara sedap , hormat ibu bapa , lepas tu takde gosip , waaahh ! mana nak cari wanita begini . Calon isteri ni beb . Artis omputih ni biasanya penuh gosip kan ? gua bagi contoh , Paris Hilton , haa hidup beliau yang sorang ni pula memang tidak lengkap kalau tiada gosip , ada je , toleh kanan ada , toleh kiri ada , toleh belakang ada ... haishh . apa yg ada bila gua toleh pun gua tak tahu .

6 . Ni la antara sebab yang paling gua suka .
Paling sangat doh sebab ni , kenapa gua sangap sgt dia kan ? tapi kenapa gua letak nombor 6 pulak , ahhh lagi besar nombor bermaksud lagi banyak , maksudnya lagi pentinglaaa , oyeahhh selamba gua bagi konklusion gua .
   
JENG3 saksikan


                   
                  DIA BALAS KOMEN GUA BEBBBBB !!

  Ni screenshot kat facebook fanpage dia , semua ni selaku peminat dia la , serata dunia . Nampak tu ? dia reply beb , bukan calang2 artis yang humble sebegini rupa . Apa yang dia balas gua tak sempat nak letak , gua malas nak buka aib dia hohoho


kalau kauorang tak tahu siapalah yang gua maksudkan ni , yang dah tahu pun gua nak kasitahu jugak oyeahh
saspen ni




 

          YEAHHHH!!   hi sayang, aucakk aucakk ! alololo
         
 korang mesti kenal kan dia ni ? kalau yang kenal tu tahniah la , yang tak kenal tu gua tak tahu nak cakap apa la , dah terang2 ada nama dia kat atas , . Buat yang mengada2 nak tanya "Siapa Katy Perry ni ?" , lu jangan nak tipu gua la , kalau lu tipu gua bermakna lu tipu diri sendiri . Haaa, orang yang tipu diri bermakna orang yang entohlerr  .Sambung balik pasal dia  , tulisan dah cantik tu , siap kaler biru lagi tu . kalau korang nak tahu , hampir 10 minit la gua nak pilih gambar dia kat google , gua nak letak yang terbaik , yang sopan , yela nanti korang cakap gua suka dia sebab seksi , ehh no la , dia pakai tudung pun gua minat tau tak ? (dengan syarat dia minat gua) .
Tapi dia dah kahwin dan sekarang dah cerai , malas nak cerita lebih2 pasal hidup dia , tak baik buka aib orang , lagi2 orang tu dekat dengan gua . SO dia dah single kan ? Gua nak cakap ni jodoh gua pun , boleh . Jodoh kita tak tahu kan ? mana tahu satu hari dia convert masuk islam , pastu dia melancong kat malaysia , pastu dia google laki paling kacak di malaysia , korang pun tahu kan , konfirm2 lah keluar muka gua . HAAA , semua ni kita tak boleh nak cakap apa yedok  ? korang pun tak boleh nak nafikan jugak :) .ok lah gua nak layan nasi lemak , lapor sangat2 . bye salam :)

p/s: sayang , kalau you baca ni , thanks tauu , itew terharu cangat2 . muahhh kat mata !


                               
               
                                     

3 comments:

Anonymous said...

gile ramai follower kau.. tapi takde satu pun entry kau yang ade komen.. pelik.. ni mesti follower dari account fb fake ko tu ni

Ahmad Ali said...

haaa mantap kan strategi gua ?

Wani Omar said...

Alamak , ayat . Yakin gila . Jodoh tu . hehe

Duit beli kete lain