Thursday, 12 January 2012

Solat subuh

assalamualaikum .
gua nak buat entri yang menginsafkan di waktu maghrib ni . HOHO . Gua nak cerita pasal solat subuh , haa jangan buat buat tak tahu la . Tapi kalau ada yang bebal sangat tak tahu , terpaksa la gua terangkan secara ringkas pasal solat subuh .

Solat subuh merupakan solat waktu pagi . Err , gua tak pandai do nak ulas pasal solat subuh ni . Bukan gua nak main main , cuma gua takut tersilap pulak , maka berdosalah gua . Okay korang solat subuh tak pagi ni ? Haa makan dalam kan soalan gua . Gua just tanya je , korang solat ke tak ke , bukan gua tau yedok ? macam tu juga dgn gua , gua solat ke gua tak solat ke bukan korang tahu yedok ?Haa , nampak kita punya chemistry tuh ?




Okay gua straight to the point la , dewasakini ramai yang mengabaikan solat subuh . Solat subuh ni bukan macam solat solat yang lain yang mana solat subuh ni sukar di lakukan disebabkan ramai yg masih membuta . Ramai yg abaikan solat subuh ni , tapi solat lain diaorang buat . Haa ni hasil pemerhatian gua la dari zaman sekolah hingga lah  gua menjejakkan kaki di asasi ni . Tapi now dah habis , ahh bukan tu yang gua nak cerita .   Memang ramai doh abaikan solat subuh ni , diaorang anggap macam tak penting je , suka hati je main tinggal , pastu lepas zohor qada' . Haa ni pun gua pernah buat . Tapi sekarang gua dah tau , bukan boleh main qada'2 je , dah suka hati tinggal , pastu nak qada' pun suka hati . SAPA AJOO ?!

Benda wajib beb , benda yang konfirm korang kena buat .SO , memang kena buat lah . Gua pun pernah terlibat , memang gua akui lah sangat sangat . Tapi gua just nak bagi peringatan , biasalah semua org ada tanggungjawab nak mengingatkan sesama islam kan ? Dan tak terlupa juga , mesti ada makhluk makhluk yang kutuk dalam hati . Contoh :

"kau cermin diri kau dulu la baru bagi nasihat kat orang"

Haa, ayat mujarab ni lah yang gua biasa dengar . Dulu pun gua selalu lemparkan ayat ayat mujarab ini kat sape sape yang gua musykil yang bg nasihat dekat gua . Now gua dah tau , semua orang tak perfect kan ? Nak tunggu sampai perfect baru boleh bagi nasihat , susah la derr . So kesimpulan kat sini gua tak perfect . Jangan malu malu usha gua ye awek , gua biasa biasa je .Akhir kata dari gua , solat lah subuh . Gua just nak tekankan pasal subuh je kat entri ni .

Sila jangan bingai sangat buat solat subuh , yang lain tinggal .

0 comments:

Duit beli kete lain