Wednesday, 18 January 2012

Kelebihan sifat malas

Assalamualaikum .
Lama dah tak update blog ni , dah bersawang agaknya , bukan apa , busy dengan itu dan ini .
-ayat normal orang lain , gua pun nak tiru jugak hikhik-

Okaylah , malam ni gua selaku seorang Ali nak berkongsi info yg agak berguna sebenarnya untuk kita semua . Harap sudi lah korang follow segala info gua ni ye . Gua nak share tentang "kelebihan sifat malas" seperti yang tertera di bahagian tajuk entri nih . Haa menarik tak ? rasa macam nak baca sampai habis kan ? ya ! memang itu lah yang gua harapkan , please baca sampai bawah .



Okay first sekali memang gua nak mengaku lah yang gua ni malas gila , tahap malas gua ni memang paling tinggi sangat lebih gila ( penggunaan kata adjektif berlebihan ) .  Gua juga tahu , ramai diantara korang yang berkongsi masalah yang sama dengan gua , kita serupa geng . Dah macam macam cara dah digunakan nak buang sikap malas ni , tapi satu pun tak berhasil , kita tetap dengan malas kita , nasib baik kita bergaya . Kalau malas tapi hampeh tak bergaya , kan naya . So , oleh sebab gua taknak kita semua berasa looser dengan memiliki sifat ini , gua suggestkan korang baca apa kelebihan sifat malas yang ada dalam diri kita ni :

1)  Menjamin keharmonian rumah tangga .

Sekarang kan maksiat terlampau banyak sangat , pandang kanan maksiat , pandang kiri maksiat , pandang belakang maksiat , pandang depan maksiat , walhal tak pandang mana mana pun maksiat pulak pandang kita ( lawak tak ? ) . So , dengan ada nya sifat malas ni , kita semua dapat menjauhi maksiat sekaligus menjamin keharmonian rumah tangga kita ngeh2 . Yelaa semua orang malas kan , semua pakat pakat dok rumah je , malas nak keluar rumah . Bila masing masing berada di rumah , peratusan untuk melakukan maksiat sangat rendah . Ini kerana , peluang untuk lelaki melihat perempuan adalah sangat tipis begitu juga sebaliknya . Apatah lagi untuk berjumpa kan ? jadi maksiat pun tiada . Bahagia dan harmoni tak kalau hidup tanpa maksiat ? Yeahh sudah tentu lah jawapannya ya ! Jadi macam mana ni ? Korang nak bersikap rajin disamping menjalani kehidupan yang tidak harmoni atau bersikap malas sambil mengecapi keharmonian rumah tangga ? Hah pikir sendiri lah kan . ( sambil senyum sinis )

Kalau laki dan wanita yg bukan muhrim tidur rumah yang sama ?

Oh jangan khuatir , semua perkara ada jalan penyelesaiannya . Dengan adanya sifat malas dalam diri mereka , mereka akan berasa malas untuk tidur di rumah yg sama dan tak akan  mengulanginya lagi . Contoh :

"Sayang , abang dah malas lah tidur di rumah yg sama dengan sayang , dengan malasnya abang keluar sekarang"
- slumber dan bergaya kan ayat abang ni ?-

See , sifat malas membantu disitu .


2)  Kehidupan akan lebih tenang 

Sape taknak kan hidup tenang ? semua nak kan ? gua pun nak . Masalahnya sekarang , gua dah rasa dah nikmat tu , hidup tenang takde siape kacau . Sebelum ada nya perasaan malas ni , hidup gua ni sering diganggu pelbagai masalah , yelaa kena buat kerja ni , kena buat kerja tu . Pendek kata , macam macam lah gua kena buat , yelaa orang rajin nak buat macam mana , yedok ? Tapi selepas menggunakan sifat malas  , ternyata hidup gua berubah 360 darjah , gua kini tidak lagi perlu tertekan nak pikir macam macam masalah dan buat segala benda . Lagi lagi time cuti sebulan ni , tugas gua  makan, tidur, dan blogging (ceh) , itupun dalam keadaan yang malas .Wah indahnya dunia . Emm korang jangan ingat gua rajin bila gua hasilkan entri yang panjang panjang ni ,haaa gua malas je nak cite kat korang cara malas apa yang gua gunakan untuk hasilkan karya panjang panjang ni , nanti nanti lah gua bagi tips tu . Berbalik kepada yg tadi , terbuktikan sifat malas menjamin kehidupan yang tenang ?


3) Perpaduan rakyat semakin teguh .

Haa point ni berunsur patriotik sikit . Malaysia kan negara yg cukup terkenal dengan perpaduan rakyatnya yang  terdiri daripada berbilang kaum . Kenapa gua cakap sifat malas boleh mengutuhkan lagi perpaduan rakyat ?  JENG3. Penggunaan sifat malas di sini dapat ditonjolkan apabila semua kaum berasa malas untuk tidak bersatu . Nampak betapa besar nya sumbangan sifat malas kepada negara kita ? tak cukup bangga kah kita ? Cuba kalau semua kaum takde sifat ni , mereka akan tidak berasa malas untuk tidak bersatu . Kalau nak faham lihat persamaan di bawah :

tidak malas untuk tidak bersatu  =  malas untuk bersatu
                         
Haaa , punyalah bahaya kalau takde sifat malas ni , rakyat berpecah belah . Kesannya gua takpayah cerita lah , korang pun tahu kan . Dasyat2 !





Cukuplah gua bagi tiga je kelebihan . Gua dah malas nak pikir HIHIK . Tapi ingat , pada korang semua yang malas malas tuh , korang dah pun sedar dan paham kan kelebihan sifat tu ? So , jangan sedih sedih dan malu malu sebab ada sifat tu , sebaliknya perlu berbangga macam gua , sebab tu gua rasa gua hebat sekarang . Gua dah tak nak dengar dah lepas ni orang buat status caci maki sifat malas masing masing kat fesbuk . Semakin malas seseorang tu , semakin bangga perasaan yg dia perlu ada . Gua juga berasa tak keberatan untuk tepek sehelai gambar di sini bagi membantu korang untuk paham apa yang gua cuba sampaikan .


gua google gambar "bangga malas" , ni hasil dia 

p/s: Kalau korang perasan , dengan adanya sikap malas dalam entri ni , content dalam point gua semakin berkurangan dari point pertama hingga ke point selanjutnya dan gua bangga sebenarnya .

27 comments:

cikmuda said...

dalam malas2 pun, dpt gak taip entri yg panjang2 ni ea.. XD

nur said...

Bagus juge ye sikap mls ni ye?. Hehe

n.u.r.u.l.a.i.n said...

da fllow & singgah pon... :D

Nur Aqilah said...

sifat pemalas pun ada kelebihan eah ? hmm baru tau (:

Kumang Lelang said...

Following u! :)

Anonymous said...

leh x.. ala malas nak baca,.. 2 gak sifat malas kan...hehehe~

Dkna Abza said...

malas la nak komen kat sini :)

Azizah Omar said...

Hmm , ada logik nya . But bagi Dila , rajin tetap penting ! Hee (:

MUZAK said...

ngeh2 . rajin rajin kanlah sifat malas tu :)

Anonymous said...

fakof

NUR AYNIE said...

wow...mls pon ade kelebihan hihi..so x slh la sy pemls kan hihihi

MUZAK said...

terima fakof daripada anonymous dgn hati terbuka

LYSSA FAIZUREEN said...

entry ikhlas hatii :P

iAmCekbolat said...

hurm ?
gua malas jgk.. kdg2. smua org ade,, kan? heheh

Fasya Mokhidin said...

ohh, malas pn ada kelebihan jgk kn? hahaaa :D nk malas malas la camtu :p

Yuyu Zulaikha said...
This comment has been removed by a blog administrator.
bz the witch said...

wow! hebat juga ye sifat malas ni...hehehe. suka entri ni, superbbb!

Unknown said...

semua menda pon ada baek & buroknye..hihi

ciK LyndaWawa said...

kdg2..mls ni blh membesarkan mana2 part bdn yg sepatutnya..h0h0h0

Unknown said...

wahh rupanya ada baik jugak jadi malsa ni kan. tp kalau malas yg baik takpa lagi,jgn malas yg teruk ohh haha

Yaya said...

kakak klo mls...wordless jew...ni mls2 pun panjang gak eh entry hehehe

Zehan Ilyana said...

wahahaha..
saya malas..:p

anahiettah afibs said...

-sy rasa anda penulis sarcatic :) dgn nota2 yg sebenarnya menyindir namun lebih kpd menasihat. biarpun kdg2 sukar difahami tp sbnarnya mempunyai maksud tersirat yg sangat besar...

(komen xleh pakai) ngeh2


http://anahiettahafibs.blogspot.com/2012/01/kenali-penulis-sarcasm-islamik.html

Sarah Mnasir said...

xbek oo malas2..

*padahal ara pown pemalas.. haha

Ca Ezah said...

malas biar beretempat..

bagus entry ni..hihi

♥iDaYu aYu♥ said...

auchhh...mls tol nk puji nie. hahahahaha

Yong said...

'rajin-rajinkan sifat malas?'-adei ko ali, statement dlm malas kena rajin gak r ni?hahaha. ok i got your point dawg. suka gan ko, gaya bahasa aku yg dark side tuh.haha. weh aku nak mtk ko tlg aku blh? ajokan aku buat belog gaya ko ini? gempak dawg! okeh okeh aku kontek ko nti blh?feel free to visit me again yeah. still aku rasa sengal otak tgk belog gempak ko ini, sgt la jeles,rasa nak berjaya cam ko gak. nuffnang-aku nak beli keta jgk!belog aku now kena block gan nuffnang utk dftr. tension!

Duit beli kete lain