Thursday, 12 January 2012

Jangan malas angkat kening !

salam . gua nak cerita pasal kening ni . haa macam menarik kan ? ngeh3 .

Apa itu kening ?

Kening ialah sejenis sekumpulan bulu yang terletak di atas mata korang dan gua . Haa jangan terkeliru dengan sekumpulan bulu yang juga terdapat di atas mata , betul betul di kelopak mata . Tu bulu mata yang mana bulunya lentik lentik sedikit . So terdapat dua jenis kumpulan bulu la dekat mata kita . Gua nak cerita pasal bulu kening iaitu kumpulan bulu yang tidak lentik . Yeahhh !

Gua dapat rasakan penyampaian gua agak baik.



Okay korang dah tahu apa itu kening kan ? so gua nak cerita lah pasal kisah yang betul betul melibatkan bulu kening gua . Tadi kan gua semayang jumaat , niat gua memang nak semayang . Gua pergi dengan ayahanda gua dan abang gua , naik kereta . Yipieee . Kalau ikutkan hati memang malas kan ? Tapi benda wajib ,memang kena buat lah . So gua dan mereka pun sampai lah kat masjid . Alhamdulillah azan belum berkumandang lagi , kira awal la gua sampai . Gua pun keluarlah kereta dengan langkah kanan , nak buat benda baik , mula kan dengan kanan , yedok ? Gua jalan kaki dari kereta ke masjid . Semakin dekat gua dengan masjid , semakin terngiang ngiang suara khatib membaca khutbah . Damn ! gua dah lewat sebenarnya , mati mati gua ingat awal .AHHHH !

 Gua takdelah bengang sangat sebenarnya , gua saja nak tunjuk yang konon konon gua ni sangat menitikberatkan waktu . Okay korang mesti hairan kan , bila lah unsur "kening" nak masuk dalam cerita gua ni . Haha rilek rilek . Okay gua macam biasa lah dengar khutbah semua tu , tengok kiri kanan , perlu ke gua cerita ? Okay , bilal pun ikamat (salah ejaan) la , semua orang bingkas bangun nak penuhkan saf , termasuklah gua . On the way nak penuhkan saf tu, ada lah gua ternampak sorang mamat ni , senior gua time sekolah rendah dulu .Gua pun macam nak buat buat tak nampak , tapi ternyata dia betul betul depan gua , kalau tak nampak , tak lama lah tu , orang besar gedabak macam tu boleh tak nampak .

Gua pun dengan laju angkat kening gua sambil senyum kambing nak tak nak je kan , kemudian sesaat lepas tu dia bagi la respon . Pehh gua ingat senyum gua lah paling tak ikhlas , rupanya dia pehhh ! dengan tak angkat keningnya , senyum tak macam senyum , terus pandang lain . Ingat gua nak sangat ke senyum kat kau ? Kalau gua tau respon keningnya macam tu , sumpah gua buat tak nampak , bahkan gua nak langgar langgar dia dari belakang sampai jatuh ( tipu ) .


kalau malas sangat

Sebenarnya banyak dah jadi kisah macam ni dalam hidup gua , dia hanya mangsa keadaan . Yelaa , orang dah angkat kening , balas lah balik . Ingat kening gua apa , suka hati je main kan dia . Haisshh , nasihat gua untuk korang , rajin rajin lah angkat kening , kalau tak gua langgar dari belakang sampai jatuh .

mood : kening kening kening !

2 comments:

Ima Din said...

mati2 aku ingat post kau pasal kening dah cara dia tumbuh ke hape ke untuk tahu pangai org ke wahhahaha >.<

MUZAK said...

Haha . sorry la . mana aku tahu kau nak baca . ngeh2

Duit beli kete lain